Punca Batuk Berterusan

Anda sudah berminggu-minggu batuk. Bagaimanakah untuk anda tahu adakah ia hanya selsema biasa yag sukar untuk sembuh atau suatu yang lebih serius?

Hanya doktor sahaja boleh memastikan apakah sebab di sebalik batuk anda. Beberapa keadaan mungkin boleh dijadikan dalangnya, seperti lelah asma; sindrom batuk laluan udara atas (UACS); penyakit refluks gastroesofagus (GERD); dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), satu penyakit serius, progresif yang merangkumi kedua-dua emfisema dan bronkitis.

Baca lagi tentang COPD dan beberapa penyebab biasa (dan agak luar biasa) batuk kronik dan berterusan. Klik pada foto atau pautan di bawah:



1. Asma dan Alergi

Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma.

Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin.

2. COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)

COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.

Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.

3. Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah.

Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik.

4. Jangkitan Salur Pernafasan

Batuk ialah satu daripada gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik.

Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya.

5. Pencemaran Udara

Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma.

Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu.

6. Bronkitis Akut

Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak , dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya.

Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD.

7. Ubat Perencat ACE

Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika , dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.

Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundingkan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan.

8. Batuk Kokol

Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...