Batuk Kokol (pertussis)


Batuk Kokol

Apakah Batuk Kokol?

Batuk Kokol (pertussis) adalah penyakit yang masih dianggap serius apabila ia terjadi kepada kanak-kanak yang berumur setahun ke bawah. Tetapi kita patut berterima kasih kerana terdapat vaksin yang efektif dan pencegahan terhadap jangkitan tersebut, penyakit itu semakin jarang terjadi.


Sebelum vaksin untuk merawat batuk kokol ini diperkenalkan, tiga daripada empat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan menemui maut. Dengan vaksin ini penyakit batuk kokol ini sudah mampu dikawal dan semakin berkurangan.

Apakah yang menyebabkan Batuk Kokol?

Batuk Kokol adalah disebabkan oleh bakteria (Bordetella pertussis) dan salah satu jangkitan bakteria yang berjangkit.

Jika salah seorang anak daripada adik beradiknya mendapat jangkitan tersebut, anak-anak yang lain juga berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut jika mereka mereka tidak mendapat penyakit tersebut sebelum ini dan tidak diberi vaksin.

Penyakit ini juga boleh menyerang bayi walaupun bagi bayi yang menyusu badan. Selalunya bayi yang menyusu badan tidak mudah mendapat penyakit tetapi bagi batuk kokol vaksin awal perlu diberikan kepada bayi kerana susu badan tidak mencukupi untuk membantu mengelak daripada terkena jangkitan.

Kanak-kanak dengan selsema atau batuk hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin seperti wanita yang bekerja dan bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimanakah batuk kokol boleh
dipindahkan?


Jangkitan tersebut boleh dipindahkan menerusi titisan air yang dibawa oleh angin. Apabila seseorang yang dijangkiti batuk udara disekitarnya sebagai contoh di dalam sebuah bilik telah tercemar dengan virus batuk kokol. Oleh sebab itu mereka yang tinggal atau duduk berdekatan dengan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan akibat udara yang tercemar.


Seseorang yang telah mendapat vaksin atau pernah mendapat batuk kokol akan mendapat imun yang tertinggi untuk penyakit tersebut. Mereka mungkin boleh mendapat kes jangkitan yang sederhana untuk beberapa tahun kemudian tetapi ia tidak dapat menjadikan seseorang itu mendapat serangan yang sebenar.

Dalam tempoh pengeraman-pada masa di antara pemindahan jangkitan dan kemunculan simptom yang utama-boleh berubah daripada 5 hingga 15 hari atau mungkin lebih lama.

Batuk Kokol adalah jangkitan yang datangnya daripada selsema yang pertama dan sepanjang penyakit ini terjadi,di mana ia boleh bertahan sehingga lapan minggu.Ini adalah tempoh yang terlalu lama daripada penyakit kanak-kanak yang lain.

Apakah simptom bagi batuk kokol?

Penyakit itu boleh bermula dengan selsema dan batuk yang sederhana.Selepas beberapa minggu,batuk tersebut akan bertukar sifat dengan batuk yang diikuti oleh bunyi "whooping". Batuk tersebut tidak akan berhenti sehinggalah tiada udara yang ditinggalkan pada hati.

Pesakit akhirnya akan batuk dan mengeluarkan kahak dan serangan ini mungkin disusuli dengan muntah.

Serangan batuk mungkin terjadi lebih 40 kali sehari dan panyakit tersebut boleh bertahan sehingga lapan minggu.


Bagaimana doktor membuat diagnosis?

Diagnosis tersebut selalunya dibuat daripada simptom dan bagaimana seseorang yang mendapat batuk kokol. Jika terdapat kes yang dicurigai, doktor akan mengambil sample dari hidung anda dan tekak untuk analisis dan keputusan akan dapati dalam masa lima hari.

Kerumitan Batuk Kokol

Apabila batuk kokol ini adalah penyakit yang buruk, terdapat kerumitan yang lain seperti bronchitis, paru-paru berair (pneumonia) dan jangkitan telinga. Kerumitan ini mungkin disebabkan suhu yang tinggi dan sinaran matahari. Jika salah satu atau lebih
masalah ini terjadi, mereka boleh dirawat dengan antibiotik.

Bagaimanakah Batuk Kokol ini dirawat?

Kebanyakan kes batuk kokol ini memerlukan rawatan yang tidak spesifik.Bayi dan kanak-kanak kecil dengan keadaan yang lain seperti asma memerlukan pengawasan yang rapi dimana untuk seketika, jalan terbaik adalah menghantarnya ke hospital. Kesan dari antibiotik adalah tidak pasti tetapi kadang-kadang mereka gunakan pada tempoh permulaan penyakit itu terjadi.

Vaksin adalah digalakkan.

Bagaimana cara untuk mengelak dari
terkena jangkitan?


Seperti pentingnya vaksin,adalah perlunya untuk mengelak dari terkena jangkitan itu disebarkan terutamanya kepada kanak-kanak kecil. Ini adalah penting untuk kanak-kanak yang dihantar ke sekolah asuhan.


Jika terdapat jangkitan kanak-kanak di bawah asuhan kanak-kanak, bayi yang lain dibawah umur setahun haruslah tidak dibenarkan masuk kecuali mereka telah mendapat batuk kokol atau pernah menerima vaksin untuk jangkitan tersebut, dengan masa dalam empat minggu diantara vaksin itu.

Jika kanak-kanak yang berumur lebih setahun mereka mungkin boleh diterima walaupun jika tidak mendapat penyakit itu pada diri mereka atau telah mendapat vaksin. Tetapi ibu bapa hendaklah diberitahu tentang bahaya jangkitan tersebut.

Jika batuk kokol terjadi di rumah, langkah-langkah khas adalah perlu untuk mencegah batuk kokol dari merebak.


Apakah ubatan yang boleh digunakan?


Tiada rawatan ubatan yang boleh merawat batuk kokol.Walau bagaimanapun,masa jangkitan boleh dikurangkan dengan mengambil antibiotik yang tertentu (seperti erythromycin (contohnya Erythroped)).


Siapakah yang seharusnya divaksinkan?


Vaksin haruslah diambil pada usia dua,tiga atau empat bulan sebagai contohnya vaksin untuk diphteria, tetanus, pertussis, Hib, dan vaksin polio (Pediacel). Pada mulanya kesan pelindungan bagi dua vaksin adalah seratus peratus.

Adalah disarankan bahawa semua kanak-kanak haruslah mengambil vaksin terhadap batuk kokol, ia adalah penting untuk menghindar daripada penyakit yang berbahaya.

Senggugut


Masalah ketika datang Haid (Senggugut)
Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.

Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu sengugut primari dan senggugut sekondari. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekondari pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Tekanan Darah Rendah


Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

•usia
•aktiviti seharian
•perasaan
•ubatan
•pendarahan
•infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

•stroke
•penyakit jantung
•penyakit pada mata
•pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah



Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

•cepat lelah
•pening kepala ketika posisi badan berubah
•sukar untuk berkonsentrasi
•mata berkunang-kunang
•mual
•kulit berasa dingin, pucat dan lembap
•pernafasan cepat dan pendek
•defresi
•cepat haus

Hepatitis B


Hepatitis B (Jangkitan bengkak hati jenis B)


Hepatitis dalam bahasa Latin adalah bengkak hati, Hepatitis di sebabkan virus yang di panggil virus hepatitis B.Jenis lain jangkitan bengkak hati ini adalah hepatitis A dan hepatitis C.



Hepatitis B :-

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.

Punca-Punca Hepatitis B-Rawatan Hepatitis B

Virus Hepatitis B boleh merebak dengan pelbagai cara:.

- Jika pesakit menerima darah yang tercemar Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah.
- Virus ini juga boleh di sebarkan melalui hubungan kelamin di mana ia boleh hadir di dalam air mani.
- Bagi ibu yang mengandung dan menghidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui dinding uri
- Jenis hepatitis B adalah amat berjangkit dan boleh, dalam kes-kes jarang, boleh merebak di kalangan ahli-ahli keluarga tanpa hubungan seks atau hubungan dengan darah yang dijangkiti kuman. Dalam kes-kes ini, virus mungkin desebarkan oleh berus gigi atau penciuman.

Hepatitis B selalunya dijumpai pada penagih dadah, atau lelaki homoseks.

Simptom Hepatitis B

Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah:
- Selalu merasa mual dan muntah
- Mengalami cirit-birit
- Selera makan berkurangan
- Sering sakit kepala
- Merasa lemah dan keletihan
- Demam dan selesema.

Apa itu Gout?



Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.



Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.





Makanan yang patut di elakkan ialah:-


• Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
• Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
• Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
• Daging merah.
• Cendawan.
•Yis (roti putih, roti manis).

Alahan Ruam

Alahan (ruam) eczema
Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Alahan biasa

Terdapat beberapa faktor penyebab alahan antaranya ialah:

•Faktor persekitaran seperti perubahan suhu, asap dan habuk.
•Pemakanan - antaranya makanan laut, bahan pengawet dan pewarna.
•Gigitan atau sengatan serangga.
•Ubat-ubatan
Tanda-Tanda dan gejala alahan yang biasa di hadapi antaranya :

•Terdapat bintik-bintik dan kegatalan pada kulit.
•Hidung berair dan kerap bersin.
•Kerap mengalami sakit kepala.
•Bibir membengkak.


Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah.

Autisma


Apa itu autisma?

Autistik atau autisma merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.




Simptom-simptom yang dapat di lihat :

1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.

3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.

19. Perlakuan yang bongkok.

Atherosclerosis (penyempitan saluran darah)


Apa itu atherosclerosis?

Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.

Bagi denyutan jantung yang normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Atherosclerosis, denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan. Pada kebiasaanya penyakit Atherosclerosis di kaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakan penyakit ini menyerang.



Faktor

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti yang berikut:-

•keturunan
•penghisap rokok
•tekanan darah tinggi
•kolesterol tinggi
Tanda-tanda

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Atherosclerosis adalah seperti kenyataan dibawah ini:-

•Nafas atau dada menjadi sesak.
•Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut.
•Sering merasa tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh.
•Mengalami pening kepala dan kadangkala pitam.
•Degupan jantung menjadi lebih cepat.
•Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.
Pencegahan

Antara perkara yang baik dilakukan ialah melalui pencegahan awal bagi mengelakan penyakit ini menyerang kita. Antara langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah:-

•Kita mesti berhenti atau menhindarkan diri dari menghisap rokok
•Sebaik-baiknya kita mesti menjauhkan diri dari asap rokok kerana asap rokok juga boleh menyebabkan penyakit ini.
•Anda digalakkan mengamalkan diet yang seimbang seperti memakan makanan yang mengandungi kolestrol dengan kadar yang rendah.
•Akhir sekali lakukan pemeriksaan awal bagi mengelakkan diri anda dari lewat mengetahui sekiranya anda menghidap penyakit ini.

Anemia


Apa itu Anemia?


Anemia merupakan penyakit di mana jumlah sel darah merah dan hemoglobin (protein pembawa oksigen) di dalam sel darah merah berada di bawah paras normal. Mungkin ramai orang menyangka, anemia atau kurang darah adalah gangguan kesihatan biasa. Tapi tahukah anda, anemia yang tak ditangani segera boleh menyebabkan kehidupan menjadi tidak selesa, produktiviti kerja terganggu malah boleh menyebabkan kematian.

Hemoglobin dalam darah berfungsi sebagai pengangkut oksigen dari paru-paru dan seterusnya menghantar ke seluruh badan. Kekurangan sel darah merah dan hemoglobin meyebabkan sel darah tidak dapat menghantar oksigen yang mencukupi sepertimana di perlukan oleh tubuh badan manusia. Jika anemia terjadi pada wanita hamil, maka proses pernafasan untuk bayi dalam kandungan turut terjejas. Hal ini akan menganggu pertumbuhan organ-organ pada janin tersebut, termasuklah organ penting seperti otak. Bukan setakat mengancam pertumbuhan janin, anemia juga merupakan penyebab utama kematian ketikat melahirkan. Biasanya, kematian terjadi akibat perdarahan yang agak teruk.

Apakah sel-sel darah merah ?

Sel-sel darah merah adalah sel-sel yang berada dalam plasma darah (bendalir). Melalui pengepaman ini, hati dapat berfungsi menggerakkan mengalirkan darah melalui arteri. Sel-sel darah merah mendapat oksigen dalam paru-paru dan mengalirkannya keseluruh sel badan.

Apabila otot-otot digerakkan, karbon dioksida akan terhasil dan perlu di keluarkan dari tubuh badan. Sel-sel darah terikat dengan karbon dioksida yang diserap oleh darah. Karbon dioksida kemudian di hembus keluar dan digantikan oksigen yang disedut.

Gejala dan Tanda-tanda seseorang menghidap anaemia

•Lelah atau semput
•Lemah seluruh badan atau tidak bermaya
•Tidak bertenaga
•Kepala terasa ringan (melayang)
•Hilang selera makan
•Kebas dan berdenyut-denyut pada kaki dan tangan
Penyebab Anemia
Penyebab umum anemia:

•Perdarahan hebat
◦Akut (mendadak)
■Kecelakaan
■Pembedahan
■Persalinan
■Pecah pembuluh darah
◦Kronik (menahun)
■Perdarahan hidung
■Ulkus peptikum
■Kanser di saluran pencernaan
■Tumor ginjal
■Perdarahan menstruasi yang sangat banyak
•Berkurangnya pembentukan sel darah merah boleh menyebabkan keadaan seperti di bawah:
◦Kekurangan zat besi
◦Kekurangan vitamin B12
◦Kekurangan asam folat
◦Kekurangan vitamin C
◦Penyakit kronik

Jerawat


Semua orang biasanya menghadapi masalah jerawat pada satu fasa dalam kehidupan harian dan biasanya jerawat akan tumbuh di kawasan sekitar dahi.

IJerawat adalah disebabkan radang daripada kelenjar minyak yang kecil (kelenjar sebaceous) yang mengelilingi bulu halus pada muka dan dada. Selalunya keadaan ini mungkin disebabkan ketidakstabilan hormon, dan keadaan badan yang panas terutama hati .

Keadaan ini biasanya akan berkurangan apabila umur mencecah 17 hingga 19.Kebanyakan orang,jerawat akan hilang apabila mereka mencapai umur pertengahan 20-an, bagaimanapun orang yang mengalami kulit sensitif akan mendapat gangguan ini sehingga umur mereka mencapai 43 tahun.

Pertukaran hormon adalah berkait dengan kehamilan dan kedatangan haid,ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat(acne).Ini juga berkait dengan alam sekitar yang tidak sihat seperti pencemaran,terdedah kepada kepanasan, kelembapan atau sejuk dan mengambil makanan yang berminyak.


Punca jerawat (acne)
Tempoh baligh,penghasilan hormon seks lelaki (androgen)akan berkurangan pada kedua-dua lelaki dan perempuan, di mana ia boleh meransang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih sebum. Pada sesetengah orang,kelenjar minyak amatlah sensitif kepada androgen. Seseorang seperti ini, kebanyakannya adalah lelaki, mudah mendapat jerawat(acne) jadi mereka ditegaskan untuk mendapat rawatan perubatan.
Pengurangan penghasilan sebum menjadikan pembukaan kelenjar minyak sempit, di mana ia akan menghalang sebum itu untuk keluar. Sementara itu, penghasilan sebum akan terus dihasilkan.

Jerawat selalu berpunca daripada Propionebacterium acnes, yang pada amnya bekteria pada kulit memakan sebum tersebut. Bakteria ini menghasilkan sisa buangan dan asid lemak yang mengganggu kelenjar minyak dan menyebabkan keradangan.



Simptom bagi Jerawat (acne)
Masalah jerawat ini boleh menyebabkan tekanan psikologi bagi individu yang mengalami masalah jerawat yang teruk dan hingga meninggalkan parut. Apabila ia terjadi maka keyakinan terhadap diri sendiri akan berkurangan dan seseorang itu akan merasa malu dan kurang tumpuan terhadap kerja atau pelajaran.

Apa yang menyebabkan Jerawat menjadi Teruk?
Selalu terdedah kepada persekitaran yang lembap seperti minyak, gris dan bahan kimia yang lain

1. Tekanan atau emosi yang tegang

2. Memicit atau mencungkil jerawat

3. Ubatan dan bahan kimia yang tertentu

4. Mengambil makanan dan minuman yang panas.




Rawatan Alternatif untuk Jerawat (acne)
Cuci muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka yang lembut. Pastikan anda membasuh kulit anda apabila ia
berpeluh. Jangan menggosok muka anda kerana ia akan menjadikan jerawat anda menjadi lebih teruk.

Penggunaan bahan kimia untuk membuat rambut juga boleh menyebabkan jerawat apabila rambut menyentuh bahagian muka. Oleh itu penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan untuk mengurangkan masalah jerawat bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

Jangan memicit atau mencungkil jerawat.Ia akan membuatkan jerawat tersebut menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkannya terjadinya parut.

Elakkan pendedahan kulit anda pada suhu yang terlalu sejuk atau panas dan cahaya matahari. Cahaya matahari mungkin boleh mengurangkan jerawat anda untuk seketika,tetapi tidak boleh memulihkannya.Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari boleh membawa kepada kepanasan dan kanser kulit.

Gunakan pelembab yang asasnya adalah air. Krim yang berminyak atau gris dan alas bedak akan menghalang liang-liang roma dan mudah menyebabkan jerawat.

Tiada kajian saintifik yang menunjukkan terdapat makanan yang tertentu boleh menyebabkan jerawat (acne), tetapi anda
harus diingatkan bahawa bintik tersebut akan naik selepas anda makan beberapa benda yang tertentu, jadi anda harus
hindarkan dari memakan makanan tersebut termasuklah makanan yang panas.

Pilihlah sesuatu yang wajar dengan diet yang seimbang, minum banyak air dan selalu bersenam.

Apa itu adrenal adenomas ?

Kelenjar-kelenjar Adrenal, Hypoadrenalism, buah pinggang Adrenal
Kelenjar-kelenjar Adrenal adalah terletak pada bahagian atas buah pinggang. Adrenal adenomas adalah tidak berkanser. Mereka timbul daripada lapisan luar kelenjar, dipanggil korteks adrenal. Korteks adrenal biasanya membuat hormon steroid. Jika satu adrenal adenoma mengeluarkan hormon, ia adalah dipanggil 'berfungsi'. Jika satu adenomas tidak menghasilkan satu hormon ia dinamakan 'tidak berfungsi'.
Adrenal adenomas biasanya ditemui secara kebetulan semasa pemeriksaan menyeluruh keatsa badan dijalankan. Masyarakat perlu menjalankan pemeriksaan adrenal yang teperinci. Jika salah satu adrenal adenomas mengeluarkan hormon dan tidak dirawat ia boleh mengakibatkan satu masalah yang serius.

Punca adrenal adenomas adalah tidak dapat di kenalpasti, kecuali teori yang diterima semasa kajian dibuat adalah disebabkan perubatan sesetengah gen. Adrenal adenomas lazimnya adalah penyakit keturunan. Pesakit yang mempunyai kecacatan genetik dalam hormon steroid dengan pengeluaran hormon yang tidak terkawal boleh berisiko tinggi mempunyai adrenal adenomas. Bagaimanapun, kebanyakan pesakit adrenal adenomas adalah tidak berkaitan dengan penyakit keturunan. Besar kemungkinan ia berkaitan dengan usia seseorang.

Kira-kira 6 peratus pesakit berusia 60 tahun mengalami penyakit adrenal adenomas.


Simptom Adrenal Adenomas
Kebanyakan pesakit dengan satu adrenal adenomas akan mengalami gejala yang boleh mengakibatkan adenomas. Bagaimanapun,simptom yang mengakibatkan adenomas ini adalah daripada golongan yang berpelajaran tinggi yang menghasilkan jumlah hormon yang banyak. Pada kebiasaan seseorang yang mengeluarkan hormon adalah untuk mengimbangi tenaga dalam tubuh badan. Hasil pengeluaran hormon steroid akan menyebabkan beberapa gejala. Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan sindrom Cushing, menyebabkan Conn sindrom, dan lelaki akan mengalami keingin yang terlampau dalam seks. Selain itu ia akan menyebabkan pertumbuhan jerawat pada pertumbuhan rambut. Sangat jarang sekali berlaku pendarahan dalam adenomas yang boleh menyebabkan kesakitan pada rusuk kembali.

Gejala-gejala Adrenal
1.Gangguan ginjal
2.Kencing tidak lawas, terhenti
3.Berlebihan, kekurangan pengeluaran air kencing
4.Sakit semasa kencing, perencatan pundi kencing
5.Kewujudan benda asing dalam air kencing
6.Air kencing berdarah
7.Dahaga yang amat sangat
8.Sakit tulang belakang sampai ke bawah
9.Sakit bahagian bawah belakang
10.Sakit di seluruh sendi, sengal-sengal
11.Sakit lutut
12.Tangan kebas
13.Gangguan pusingan darah ke jantung
14.Tidak boleh tidur atas tempat rata
15.Ada batu karang di ginjal
16.Fungsi melawan, merangsang pernafasan
17.Peningkatan kongulasi darah
18.Mengawal keletihan
19.Cekap menghadapi kecemasan
20.Kesukaran tidur disebabkan tekanan

Angina pektoris (sakit dada)


Apa itu Angina Pektoris?

Angina pektoris merupakan kesakitan yang dialami pada bahagian dada seseorang. Ia disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung dan disifatkan sebagai penyakit sementara. Jika pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke jantung terjejas ini akan menyebabkan penyakit angina pektoris. Otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu seperti semasa melakukan senaman ataupun ketika seseorang itu berada dalam keadaaan tertekan. Faktor lain yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit angina pektoris ialah berkaitan dengan kardiovaskular.

Penyakit angina pektoris Terbahagia kepada dua peringkat iaitu:-

•stabil = mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
•tidak stabil = mengalami sakit dada yang berulang-ulang-dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.



Faktor Penyebab Penyakit angina pektoris


Faktor atau risiko yang menjerumus kepada penyakit angina pektoris ini boleh di kategorikan kepada 2 bahagian iaitu:-

•bolehubah
•tak bolehubah.

Antara risiko bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti dibawah ini:-

•Penghisap rokok
•Tekanan darah tinggi
•Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi
•Tekanan psikologi
•Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
•Kegemukan (Obesiti )
Antara risiko tak bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti dibawah ini:-

•Sejarah keluarga berpenyakit jantung (keturunan).
•Peningkatan usia.

Aktiviti harian dan pemakanan juga boleh mempengaruhi untuk mendapat penyakit angina pektoris ini. Selain itu keadaan sekeliling seperti keadaan cuaca yang tidak menentu (telalu panas, telalu sejuk) dan aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat penyakit angina pektoris.


Tanda-tanda Penyakit angina pektoris


Tanda-tanda atau gejala yang sering dihadapi bagi pesakit angina pektoris ialah:-

•Kebiasaannya pesakit akan mengalami kesakitan pada bahagian dada yang datang secara mengejut. Fenomena ini biasanya berlaku selepas anda melakukan senaman atau selepas anda makan. Anda akan merasa kurang selesa seperti pedih ulu hati selepas anda makan. Keadaan ini biasanya dialami dari 5 ke 10 minit dan berlarutan paling lama sehingga ke 30 minit.


•Pesakit juga akan mengalami sesak nafas dan muka akan kelihatan pucat. Keadaan ini di sebabkan pengaliran udara ke jantung berkurangan.
Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami penyakit angina pektoris

Kanak-kanak kencing Malam

Kencing Malam


Kecing malam berlaku kerana sesetengah kanak-kanak tidak boleh mengawal pundi kencing mereka lagi. Kencing ketika tidur adalah tindakan di luar kawalan yang disebabkan beberapa faktor. Di kalangan kanak-kanak, ia menjadi masalah jika berlaku satu atau dua kali seminggu sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Selalunya pundi kencing mempunyai kapasiti menyimpan antara 400 hingga 500 mililiter air kencing pada satu masa yang boleh membuatkan kanak-kanak itu kencing di waktu malam jika tidak dapat mengawal pundi kencingnya.

Mengalami masalah kencing ketika tidur terutama di waktu malam adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya di peringkat usia kurang dari 4 tahun kanak-kanak ini masih di dalam proses mengawal pundi kencing namun perkara ini dapat diatasi pada usia yang lebih muda dengan bantuan ibubapa. Perkara ini boleh bertukar menjadi satu masalah sekiranya keadaan kencing malam ini berlarutan 2 atau 3 kali seminggu dan berterusan selama lebih kurang 3 bulan.

Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut. Biasa kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang. Tekanan samaada dari segi fizikal atau emosi(psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.

Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing.Namun dengan jadual yang diatur, kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka. Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur.Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.



Faktor Masalah Kencing Malam

Antara faktor yang boleh menyebabkan masalah kencing malam ini ialah:

•Perkembangan dan pertumbuhan badan yang terbantut.
•Kapasiti pundi kencing yang kecil.
•Terlalu sedikit hormon antidiuretik.
•Faktor psikologi.
•Tekanan.
•Jangkitan pundi kencing.

Penyakit bisul

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.

Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan.

Fakta Virus Influenza A (H1N1)



Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.



Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.



Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

a.Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun


b.Individu berusia 65 tahun dan ke atas


c.Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang


d.Wanita mengandung


e.Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus


f.Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)


g.Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.


•Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).


•Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.


•Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:


a.Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul


b.Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam


c.Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat


Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema


■Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.


■Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.


■Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.


d.Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.


e.Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.


f.Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal


g.Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian


h.Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Penyakit kulit

Kulit dan apendicesnya merupakan struktur kompleks yang membentuk jaringan tubuh yang kuat dan keras. Fungsinya dapat dipengaruhi oleh kerusakan terhadap struktur demikia juga oleh penyakit. Karena terdapat banyak penyakit yang mempengaruhi kulit maka hanya yang paling sering ditemukan saja yang akan dibahas di sini.

Kulit terdiri dari 2 lapisan
epidermis atau lapisan luar, dan dermis atau kulit sebenarnya. Terdapat juga apendices pada kulit yang termasuk rambut dan kuku.


Epidermis
Epidermis terdiri dari sel epitel yang mengalami keratinisasi yang mengandung bahan lemak yang menjadikan kulit kedap air. Sel superfisial dari stratum ini secara kostan dilepaskan dan diganti. Sel lain mengandung cairan berminyak. Lapisan ketiga tediri dari sel-sel yang mengandung granula yang mampu merefraksi cahaya dan membantu memberikan warna putih pada kulit. Lapisan keempat mengandung sel yang memproduksi melamin, suatu bahan yang bertindak sebagai perlindungan terhadap pengaruh sinar UV. Epidermis tidak mengandung pembuluh darah, tetapi limfe bersirkulasi dalam ruang interselular.

[sunting] Dermis
Dermis terdiri dari jaringan fibrosa yang lebih padat pada bagian superficial dibandingkan bagian dalamnya. Dapat diidentifikasi 2 lapisan : yang pertama mengandung akhiran saraf sensorik, pembuluh darah dan limfatika ; yang kedua mengandung serat kolagen, serat elastik, glandula sebasea, glandula sudorifera, folikel rambut dan muskulus arrektor pilli.

[sunting] Hipodermis
Ini merupakan zona transisional diantara kulit dan jaringan adiposa di bawahnya. Mengandung sel lemak demikian juga jaringan ikat putih dan kuning, kumparan dari sejumlah glandula sebasea dan radiks dari sejumlah rambut.

Pemberian zat makanan dermis atau porium tergantung pada vena dan limfatika. Baik saraf bermielin maupun tidak bermielin ditemukan dalam kulit yang berisi organ akhir dan banyak serat saraf. Organ ini memberikan respon sensasi panas, dingin, nyeri, gatal, dan raba ringan.

[sunting] Kelenjar Keringat
Kelenjar keringat terdiri dari glomerolus atau bagian sekresi dan duktus. Secara relatif terdapat catu darah yang kaya dan menskresi keringat yang agak keruh, hampir tidak berbau, hampir mengandung 99% air, dan sejumlah kecil khlorida, urea, amonium, asam urat dan kreatinin. Berbagai tipe kelenjar keringat ditemukan pada area seperti genetalia, anus, aksila dan puting susu dan masing-masing juga mempunyai bau yang khas.

[sunting] Appendises
Appendises termasuk rambut dan kuku. Rambut berasal epitel dan terbentuk dari sel tanduk yang mengalami modifikasi yang timbul dalam struktur yang kompleks, yaitu folikel yang terletak dalam lapisan dermis yang lebih dalam. Pada saat rambut melintasi lapisan permukaan dari dermis maka rambut dilapisi oleh sebum yang merupakan eksresi dari glandula kecil yang terletak berdekatan dengan batang rambut. Fungsinya adalah melumasi kulit dan menjaga kulit tetap lentur, bertindak sebagai penolak air dan melindungi kulit dari udara yang kering.

Kuku terdiri dari sel tanduk yang mengalami modifikasi yang bersatu dengan kuat. Pada bagian proksimal kuku terbentuk dalam matriks kulit. Dasar kuku terdiri dari sel prickle yang mengalami modifikasi pada mana kuku melekat dengan kuat.

Kuku sebagian memperoleh warna dari darah dan sebagian dari pigmen dalam epidermis terutama melanin. Sebagai penitup bagian luar maka kulit mempunyai banyak fungsi yang tidak saja besifat protektif, tetepi juga termasuk yang berikut :

1.Bertindak sebagai barier terhadap infeksi asal berada dalam keadaan utuh, tetapi dapat juda dirusak oleh mikroorganisme dengan aksi dari asam lemak rantai panjang yang ditemukan dalam kulit. Invasi bakteri dapat juga terhalang oleh keasaman kulit.
2.Ketahanan jaringan yang kuat melindungi jaringan di bawahnya.
3.Kulit bertindak sebagai insulator (hipoderm) dan membantu mengatur suhu tubuh. Pengendalian suhu tubuh juga merupakan fungsi dari glandula sudorifera dan pembuluh darah. Ketika hari panas, glandula menskresi keringat, dan penguapannya menyebabkan pendinginan ; pembuluh darah berdilatasi untuk memungkinkan keluarnya panas tubuh dengan meningkatkan aliran darah dekat dengan permukaan tubuh. Ketika hari dingin, pembuluh darah berkonstriksi, menurunkan aliran darah dan dengan demikian menurunkan kehilangan panas.
4.Karena mengandung akhiran saraf sensorik, sensasi dari kulit memainkan peranan penting dalam mempertahankan kesehatan.
5.Sampai tingkat tertentu, kulit bertindak sebagai organ ekskresi untuk mengeluarkan produk sampah tubuh. Karena itu memainkan peranan dalam mempertahankan keseimbangan cairan dan elektrolit.
6.Dalam kondisi yang sesuai, kulit mencatu vitamin D tubuh. Vitamin ini terbentuk dengan aksi fotokimia dari sinar UV pada sterol yang diduga diekskresikan dalam sebum.
[sunting] Sidik Jari
Sidik jari sudah terbentuk pada bulan ketiga kehidupan intra uterin dan ini mempunyai aplikasi penting dalam genetika dan kedokteran. Masing-masing individu mempunyai pola sidik jari tersendiri dan fakta ini digunakan sebagai cara identifikasi polisi dan di RS tertentu. Ditemukan bahwa pada sejumlah cacat genetika terdapat sidik jari atau sidik kaki abnormal. Misalnya pada sindroma down (mongolisme), sidik jari yang beransa lebih sering dari biasanya, dan pada sindroma turner terdapat lebih banyak ridge dibandingkan keadaan normal.




[sunting] Kulit Neonatus
Kulit pada bayi neonatus ditutupi oleh bahan berminyak, yaitu verniks kaseosa yang memperbesar mantel pelindung normal yang ditemukan pada kulit orang dewasa. Bahan ini dihasilkan oleh hormon sek maternal yang merangsang sekresi dari glandula kulit bayi. Pengaruh dari hormon ini berlangsung selama beberapa bulan setelah lahir, tetapi glandula kulit bayi sendiri secara relatif tetap inaktif hingga pubertas. Verniks harus dibiarkan lepas atau diangkat secara perlahan-lahan. Jika kulit bersih dari verniks, maka bayi dapat dimandikan dengan menggunakan sabun dan dikeringkandengan lembut. Pengeringan selanjutnya dapat ditingkatkan dengan menggunakan bedak talkum halus. Beberapa bayi dilahirkan dengan kulit kering. Hal ini tampaknya merupakan keadaan yang diwariskan, dimana terdapat kelebihan lapisan tanduk dan seringkali lebih sedikit dan kelenjar keringat yang kurang aktif dibandingkan kulit normal.

[sunting] Terminologi Pada Kondisi Dermatologis
Banyak bentuk berbeda dari lesi diuraikan dalam status dermatologis yang menentukan penyakit spesifik. Hal ini dapat dibagi dalam bentuk yang tidak merusak kulit (lesi primer) dan mereka yang merusak kulit (lesi sekunder).




[sunting] Lesi Primer
Makula

Hal ini merupakan perubahan dalam warna kulit. Mereka bervariasi dalam ukuran dan bentuk, dan tampak sebagai pewarnaan pada kulit. Makula dibentuk dari :

1.Deposit pigmen dalam kulit, misalnya frekles.
2.Keluarnya darah kedalam kulit, misalnya petekie.
3.Dilatasi permanen dari pembuluh kapiler, misalnya nevi.
4.Dilatasi sementara dari pembuluh darah kapiler, misalnya eritema.
Papula

Terdapat elevasi yang dapat diraba dari kulit yang bervariasi diameternya dari sekitar 1-5 mm. Permukaan dapat tajam, bulat atau datar. Mereka terletak superficial dan dibentuk dari proliferasi sel atau eksudasi cairan ke dalam kulit.


Nodul

Ini serupa dengan papula tetapi terletak lebih dalam. Mereka bervariasi dalam ukuran dan biasanya lebih besar dibandingkan papula. Contoh daro nodul subkutan adalah nodul rematisme akut.


Vesikel

Vesikel merupakan lepuh kecil yang dibentuk dengan akumulasi cairan dalam epidermis ; mereka biasanya diisi dengan cairan serosa dan ditemukan pada anak-anak yang menderita eksema.


Bula Atau Pustula

Bula merupakan vesikel besar yang mengandung serum, pus atau darah. Mereka ditemukan misalnya pada pemfigus neonatorum.


Gelegata

Gelegata merupakan elevasi sementara kulit yang disebabkan oleh edema dermis dan dilatasi kapiler sekitarnya. Biasanya berkaitan dengan respon alergi terhadap bahan asing.

Lesi Sekunder

Skuama

Skuama merupakan lapisan tanduk dari epidermis mati yang menumpuk pada kulit yang dapat berkembang sebagai akibat perubahan inflamasi. Keadaan ini ditemukan pada psoariasis.


Krusta

Ini terbentuk dari serum, darah atau nanah yang mengering pada kulit. Masing-masing dapat dikenal dengan warna berikut : merah kehitaman (krusta darah), kuning kehitaman (krusta nanah), berwarna madu (krusta serum).


Fisura

Ini merupakan retakan kecil yang meluas melalui epidermis dan memaparkan dermis. Mereka dapat terjadi pada kulit kering dan pada inflamasi kronik.


Ulkus

Ulkus merupakan lesi yang terbentuk oleh kerusakan lokal dari seluruh epidermis dan sebagian atau seluruh korium di bawahnya.





PENYAKIT KULIT


EKSEMA INFANTIL dan MASA KANAK-KANAK

Eksema merupakan istilah yang menguraikan setiap dematosis inflamatoar yang khas dengan adanya eritema, papula, vesikula, cairan, krusta dan skuama pada berbagai fase resolusi. Keadaan ini melibatkan epidermis dan lapisan vaskuler kulit.

Inflamasi disebabkan oleh beberapa iritan dalam tubuh yang menimbulkan erupsi. Ini berasal dari kapiler. Kasus yang ringan hanya terdapat eritema dan skuama tetepi seringkali terdapat vesikula dan keadaan basah (weeping wells).

Tampaknya terdapat faktor herediter yang kuat dan kondisi ini kambuh sepanjang hidup. Keadaan ini juga diduga merupakan penyakit alergi. (Suatu alergi didefinisikan sebagai perubahan reaksi jaringan pada individu tertentu pada paparan terhadap bahan yang dalam jumlah yang sama, tidak menimbulkan apa-apa pada yang lain). Mekanisme yang terlibat diduga adalah sebagai berikut :

Terdapat pembebasan histamin, suatu bahan yang kuat yang menyebabkan kontraksi otot polos, dilatasi kapiler dan penurunan tekanan darah
Pembebasan bahan lain, misalnya, asetil kolin
Reaksi antara alergen dan suatu antibodi
Eksema jarang timbul sebelum bulan kehidupan kedua dan ketiga dan sebagian kasus hilang secara spontan pada ulang tahun kedua dan ketiga. Lebih sering terjadi pada bayi yang diberi makanan buatan dibanding pada bayi yang diberi ASI.

Gambaran Klinik

Lesi kulit pada awalnya tampak pada pipi, dahi dan kulit kepala, tetapi juga ditemukan pada permukaan fleksor dari lengan dan tungkai. Pada akhirnya mereka menyebar pada seluruh permukaan kulit. Hal ini sangat gatal dan sebagian besar perubahan kulit timbul akibat menggaruk, menggosok dan ekskoriasi.




Impetigo

Impetigo merupakan infeksi stafilokokus, mulai sebagai lepuh kecil yang mengering dengan cepat untuk membentuk suatu skab dengan sebaran tepi yang mertah basah. Pada neonatus ditemukan sebagai pemfigus neonatorum yang nyata bulosa. Pemfigus neonatorum merupakan penyakit yang harus dilaporkan di Inggris.




PSORIASIS

Diagnosis dengan inspeksi tidak sukar. Keadaan ini merupakan penyakit fungsional yang cenderung diwariskan.

Gambaran Klinik

Masing-masing lesi berbatas jelas. Berwarna merah salmon dipengaruhi oleh tumpukan sisik keperakan. Terutama mengenai siku-siku, lutut dan kulit kepala, tetapi dapat terjadi dimanapun. Kondisi ini dapat dicetuskan oleh infeksi seperti tonsilitis ; stres emosi tampaknya juga terdari sebagai faktor predisposisi.




SCABIES

Scabies disebabkan oleh parasit Sarcoptes scabiei. Betina yang hamil bersarang dalam lapisan tanduk dari epidermis. Di sini ia bertelur beberapa butir setiap hari yang menetas mengeluarkan banyak pinjal muda yang makan dalam orifisium dari glandula skretoris.

Sarang tampak sebagai garis putih dengan tepi yang tidak teratur, pada akhir sarang ini terdapat tempat pinjal. Sarang ditemukan pada lipatan, antara jari-jari, pada genitalia dan pada muka bayi.

Kondisi ini ditularkan oleh kontak yang intim dan cenderung mengenai seluruh keluarga.

Gambaran Klinik


Gatal merupakan tanda utama dan pada pemeriksaan gambaran di atas akan ditemukan. Garukan menyebabkan pendarahan dan infeksi tumpang tindih dengan penyakit ini. Dan dapat menular ke orang lain.




AKNE


Akne merupakan penyakit dari folikel sebasea yaitu folikel yang mempunyai glandula sebasea yang banyak dan tidak mempunyai bulu. Arpertura dari glandula sebasea terblokir oleh sumbat tanduk (blackheads) dan terdapat retensi dari sebum yang diubah oleh organisme yang menimbulkan inflamasi pada jaringan sekitarnya. Keadaan ini menimbulkan pembentukan pustul dan abses yang menyebabkan parut. Kondisi ini mempengaruhi remaja muda sehingga menyebabkan perasaan malu dan tidak senang.




KELAINAN KONGENITAL


Bayi lahir dengan kelainan struktural. Beberapa dapat nyata sejak lahir yang lain timbul segera setelah lahir. Baik lapisan epidermal dan dermal dapat terkena.

Kelainannya lapisan epidermal termasuk papilomata, lesi makuler berpigmen dan ini dapat berkaitan dengan moles atau naevi berambut yang berpigmen secara luas. Pada dermis dapat ditemukan fibromata, neuromata dan lipomata. Walaupun demikian, nevi vaskuler lebih sering ditemukan dan ini termasuk :

1.Spider naevus. Ini merupakan dilatasi dari arteriole kecil dan percabangan kapilernya. Seringkali hilang secara spontan dengan diatermi atau fenol ; fenol diberikan dengan alat yang runcing.
2.Noda Port-wine. Ini merupakan makula berwarna merah tua atau ungu. Merupakan dilatasi difus dari semua kapiler normal pada jaringan yang terkena. Dapat juga melibatkan organ dibawahnya, seperti mata dan otak. Tidak ada pengobatan untuk hal ini, tapi dapat digunakan penutupan secara kosmetik.
3.Hemangioma strawberi. Lesi ini sering ditemukan saat lahir. Tampak sebagai nodul seperti karet, merah dengan permukaan yang kasar. Melibatkan unsur kapiler maupun vena. Hemangioma strawberi biasanya hilang sendiri, meninggalkan kulit yang kendor dan jarang sekali diperlukan terapi.

Dari penerbit



Assalammualaikum dan salam perkenalan bagi yang telah berkununjung ke blog ini.
Didalam kehidupan seharian kita sudah pastilah kita terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Udara yang kita gunakan untuk bernafas dan air serta makanan yang kita makan seharian sudah tercemar dengan segala bahan-bahan kimia sisa toksik dari kilang-kilang dan berbagai-bagai sumber lagi. Diantaranya,gas beracun yang dikeluarkan dari kenderaan yang kita pandu sendiri yang dalam tidak sedar kita adalah diantara penymbangnya.





Tempat tinggal kita sekarang sememangnya sudah tidak selamat untuk dihuni. Sakit yang datang tidak mengira umur tua atau muda.ditambah dengan cara hidup muda-mudi kita sekarang yang kurang mengamalkan senaman secara berterusan.ini kerana senaman secara berterusan dan dengan cara yang betul dapat meningkatkan daya tahan seseorang serta menghindarkan diri kita dari penyakit-penyakit yang merbahaya.


Dengan terhimpunnya tips-tips, gejala penyakit serta cara mengawalnya, mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu kita mengambil tindakan awal sebelum penyakit bertambah parah dan sukar untuk diselamatkan lagi.



Jadi bersama-sama lah kita menjaga alam sekitar serta cara hidup kita agar kita hidup bahagia tampa mengunakan ubat-ubatan kerana mencegah lebih baik dari merawat.


Perhatian

blog ini diterbitkan sebagai bahan rujukan sahaja.semua catatan didalam blog ini bersumberkan dari buku-buku, majalah,ahkbar dan internet.segala kesahihan maklumat didalam blog ini adalah menurut penilaian pembaca sendiri.

Kulit rosak cacat penampilan




Kulit rosak akibat pengelupasan kimia mesti dirawat. (utsan malaysia jun 2010)


PERTEMUAN pertama dengan Puan Chua berlangsung semasa saya dijemput oleh sekumpulan ahli kelab perniagaan bagi sesi ceramah kesihatan. Apabila memberi ceramah untuk wanita saya mesti menyelitkan teknik terbaru bagi menjaga kecantikan dan meningkatkan keterampilan diri seseorang.

Ketika sesi soal jawab Puan Chua paling kurang bertanya. Saya merapati beliau kerana kulit wanita ini mempunyai kesan tompokan hitam yang agak serius sehingga mencacatkan kecantikan wajahnya. Oleh kerana beliau tidak bertanya apa-apa, maka saya mengandaikan beliau tidak berminat meningkatkan penampilan dirinya.

Tanpa disangka beberapa minggu selepas itu saya bertemu semula dengannya. Beliau datang ke klinik saya sebagai pesakit. Meskipun kurang fasih berbahasa Melayu beliau sedaya upaya cuba berkomunikasi. Kali ini dalam suasana yang berbeza. Beliau tampak resah dan menceritakan kepada saya kisah bagaimana kulitnya boleh menjadi sedemikian.

Sepuluh tahun yang lalu Puan Chun berkunjung ke sebuah pusat kecantikan yang dikendalikan oleh seorang wanita berasal dari China. Wanita dari China itu memasuki Malaysia dengan menggunakan pas pelancong dan membuka pusat kecantikan secara haram. Menurut Puan Chua pada waktu itu kulitnya tidak bermasalah. Wajah nya putih dan bersih. Dia berkunjung ke situ dengan rakan-rakan hanya untuk melihat jenis rawatan yang dibuat di situ. Namun setelah dipujuk beliau bersetuju mencuba rawatan di situ.

Rawatan yang dijalankan adalah sejenis pengelupasan kimia. Ubat yang disapu kewajah Puan Chan menyebabkan kulitnya kering dan sakit seperti terbakar. Wanita tersebut meyakinkannya selepas beberapa hari kulitnya akan menjadi lebih cantik. Dia kemudiannya di berikan ubat sapu, losen dan pil vitamin.

Kejadian itu menjadi tragedi baginya kerana kulit cantik yang diharapkan tidak kesampaian. Sebaliknya kulit beliau menjadi Kehitaman dan hari demi hari keadaan semakin teruk. Beliau cuba memulihkan kulit dengan bertemu pakar-pakar kecantikan namun menurut mereka kulitnya telah rosak sama sekali dan tidak dapat dibaiki lagi.

Lebih menyedihkan suaminya sendiri berasa malu untuk membawa beliau ke majlis-majlis kerana kulitnya terlalu hitam tidak dapat disembunyikan walaupun dengan menggunakan mekap. Puan Chua sendiri berubah menjadi anti sosial dan pendiam.

Saya membuat analisis kulitnya dan mendapati masalah Puan Chua adalah long standing PIH (post inflammamatory hyperpigmentation) akibat kesan samping chemical peeling oleh orang yang tidak bertauliah atau tiada pengalaman.

Post Inflammatory Hyperpigmentation

Kerosakan ini boleh berlaku kerana kesan sampingan radang pada kulit seperti bekas jerawat, luka atau terbakar dan pengunaan bahan kosmetik yang salah. Oleh kerana chemical peeling dilakukan ke seluruh wajah, maka kesan `terbakar’ yang di alami oleh Puan Chua adalah pada keseluruhan muka. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Dayang Senandung dalam filem Seniman P Ramlee. Bukan sahaja wajahnya jadi gelap dan lebam, tetapi tekstur kulit mukanya kasar dan pori-pori mukanya luas.

Kaedah Rawatan

Saya mencadangkan rawatan menggunakan laser. Rawatan mestilah dibuat antara enam sehingga sepuluh kali untuk mendapat hasil yang memuaskan. Saya juga mencadangkan rawatan PRP (platlet rich plasma). Uniknya dalam rawatan ini kita menggunakan sel-sel dalam darah pesakit itu sendiri. Saya menyarankan agar beliau melakukan rawatan setiap minggu, tetapi beliau hanya mampu menjalani rawatan sebulan sekali . Selepas rawatan pertama Puan Chua berjanji akan datang lagi jika terdapat perubahan pada kulitnya. Nampaknya belum benar benar yakin dengan saya. Pada bulan berikutnya, beliau datang untuk rawatan kedua. Beliau kelihatan sedikit ceria kerana pigmentasi beliau sudah mula pudar dan ada beberapa kawan sudah menegur.

Minggu lepas adalah rawatan beliau yang ketiga. Saya menjangkakan beliau akan datang semula sebulan dari sekarang. Tetapi minggu ini beliau muncul di klinik. Kehadirannya memberikan saya seribu satu pertanyaan yang berlegar di dalam pemikiran. Selepas beberapa minit saya menjemput dia masuk. Keadaan kulit mukanya tampak banyak perubahan walaupun baru tiga kali rawatan.

Beliau juga memberitahu hubungannya dengan suami yang semakin hambar menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Malah dua hari beliau memberitahu dikunjungi suami yang mengajaknya keluar bersama. Untuk sesi kali ini saya menjalankan rawatan menghilangkan pigmentasi menggunakan laser sekali lagi.

Sambil merawat Puan Chua beliau bercerita mengenai masalah rumah tangganya yang rumit. Semenjak mengalami masalah pigmentasi pada mukanya , beliau berasa sangat tertekan, tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri. Ini juga telah menyebabkan beliau berpisah dengan suaminya. Beliau memilih untuk berpisah kerana merasa rendah diri. Saya terkejut mendengar berita tersebut.

Namun begitu suaminya seorang yang baik dan selalu datang melawat beliau sambil memberi wang nafkah. Sebab itu beliau hanya mampu menjalani rawatan sebulan sekali. Bekas suaminya cuba berbaik semula dan selalu mengajak beliau keluar. Tetapi akibat kesan pigmentasi pada mukanya , beliau berasa sangat malu dan memilih untuk duduk di rumah sahaja. Tetapi kini selepas tiga rawatan, keadaan beliau sudah jauh lebih baik. Tidak lagi terdapat kesan tompok-tompok yang ketara di mukanya, dan hanya kelihatan seperti terkena sedikit selaran matahari.

Beliau faham untuk mendapat kesan yang cantik, beliau perlu menjalani dalam 6 sehingga 10 kali rawatan. Dan semasa dalam rawatan beliau harus menggunakan pelindung matahari yang bagus dan menghindari sinaran matahari. Beliau kini sangat gembira kerana tidak perlu risau orang memandang mukanya apabila keluar ke bandar. Dia menambah lagi selain pigmentasinya yang semakin pudar, bekas suaminya memuji kulit beliau semakin halus dan tegang, malah dia kelihatan lebih muda.

Saya tidak menyangka keprihatinan saya terhadap masalah kulit beliau sebenarnya telah mengubah hidup dan masa depannya. Namun begitu saya mengingatkan beliau berkali-kali untuk menghindari sinaran matahari ketika berada di luar rumah dengan memakai sunblock dan payung.

Pesona khasiat delima


UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.

Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya.

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan

½ cawan biji delima

½ cawan gula putih

2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).

2 titik pati minyak (pilihan)

Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. campurkan minyak dan kacau rata.

Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba.

Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.

Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.

Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.

Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona.

Jangan pandang remeh sakit perut


TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.

Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.

Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.

Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.

Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.

Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.

‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.

‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.

‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.

Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.

Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.

‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.

Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.

Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.

‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.

‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.

Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.

Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

Bahaya kanser mulut


PENYAKIT kanser seperti yang diketahui umum adalah antara penyumbang utama kepada kematian di seluruh dunia dan sehingga kini masih lagi belum ada penawarnya.

Baik kanser payu dara, kanser ovari, kanser hati dan pelbagai jenis kanser lain yang merbahaya, ia merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa jua yang disahkan menghidap penyakit itu.

Bagaimanapun, dalam kesungguhan dunia memberi tumpuan terhadap usaha mencari penawar kepada penyakit kanser utama itu, masih terdapat penyakit kanser lain yang tidak kurang berbahaya dan boleh membawa maut tetapi jarang diperkatakan seperti kanser mulut .

Sekalipun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit yang kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia adalah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol

Apa yang lebih menakutkan ialah ia mencatatkan kes yang paling tinggi di kalangan penduduk miskin.

Kanser mulut biasanya terjadi di antara kanser yang paling merbahaya dan berada di tempat ke 10 bilangan penghidap teramai di Malaysia dengan purata 7 hingga 8 peratus.

Namun kanser mulut ini mengambil masa yang lama untuk terjadi. Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan pra kanser.

Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak. 64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah kaum India.

Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat mengunyah sirih.

Biasanya kanser mulut tidak berlaku pada mereka yang baru mula mencuba untuk merokok tetapi terjadi kepada mereka yang mula merokok sejak awal remaja dan sering berlaku di kalangan lelaki.

Pada awalnya, kanser mulut itu tidak sakit tetapi oleh kerana fungsi mulut adalah untuk mengunyah, merasai dan bertutur serta memberi kesan kepada satu daripada saluran awal pernafasan, menyebabkan fungsi-fungsi biasa yang normal di dalam mulut terganggu.

Penyebabnya pula boleh disumbangkan oleh pelbagai faktor dan antara faktor yang paling dikenal pasti adalah disebabkan mengunyah campuran sirih atau pinang dan tabiat merokok serta meminum minuman keras.

Derita dalam senyap

ADAKAH anda tahu, 50 peratus penduduk di seluruh dunia mengalami buasir dan sebanyak 40 peratus telah mengalami gejala-gejala penyakit ini sepanjang hayat mereka?

Dengan peratusan tersebut, ia menunjukkan bahawa buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang walaupun ia jarang dibincangkan.

Buasir atau nama saintifiknya hemoroid merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut.

Menurut Pengurus Negara bahagian farmaseutikal,The Himalaya Drug Company, K. Chandrasekaran, terdapat lebih kurang separuh daripada orang dewasa yang berumur sekitar 50-an mengalami rasa gatal-gatal, pendarahan dan kesakitan di bahagian anus yang merupakan tanda-tanda awal buasir akan berlaku.

''Sebenarnya penyakit ini akan menyerang hampir semua orang tanpa mengira bangsa dan jantina.

''Pada masa yang sama, wanita yang mengandung merupakan golongan yang mudah terdedah dengan penyakit ini dan dijangka kira-kira satu daripada tiga ibu baru mengalaminya.

''Manakala bagi rakyat Malaysia satu nisbah tiga daripada golongan dewasa akan mengalami buasir sepanjang hayat mereka,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, buasir terbahagi kepada dua iaitu dalaman dan luaran.

Menurutnya, seseorang itu tidak boleh melihat atau berasa buasir di bahagian dalaman tetapi apabila meneran sewaktu membuang air besar, permukaan buasir yang lembut akan tercedera dan mengakibatkannya berdarah.

Mereka akan terlihat beberapa titik darah merah pada tisu tandas atau dalam mangkuk tandas.

Disebabkan membran anus dalaman tidak mempunyai saraf fiber yang peka terhadap rasa sakit, pesakit jarang mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan.

Tetapi, pesakit mungkin akan mengalami rasa 'penuh' di dalam rektum selepas membuang air besar kerana ada ketikanya, apabila meneran, ia akan menolak keluar buasir dalaman melalui pembukaan di anus.

Jika buasir itu prolaps (atau terkeluar dari kedudukan asalnya), pesakit akan berasa sakit dan tidak selesa.

Sementara itu, bagi pesakit yang mengalami buasir luaran pula, mereka akan mengalami rasa sakit.

Kadangkala, darah yang terkumpul di dalam buasir luaran ini akan membeku (trombus) dan mendatangkan rasa sakit yang keterlaluan, pembengkakkan dan inflamasi.

Apabila iritasi berlaku, buasir luaran boleh mengakibatkan pesakit mengalami kegatalan atau pendarahan.

Selain itu, buasir juga boleh dikategorikan kepada empat tahap iaitu tahap satu, dua, tiga dan empat dengan ciri yang berbeza-beza.

Untuk tahap satu hingga tiga, pesakit masih lagi boleh menggunakan ubat sapuan atau pil untuk mengurangkannya tetapi bagi buasir tahap keempat, ia hanya boleh disembuhkan melalui pembedahan.

Tambah Chandrasekaran lagi, lazimnya buasir disebabkan diet dan gaya hidup tidak sihat serta tabiat tandas yang buruk.

Bukan itu sahaja, duduk atau berdiri terlalu lama seperti di tempat kerja atau memandu secara berpanjangan juga akan meningkatkan risiko berlakunya buasir.

''Untuk itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah- buahan dapat membantu penghadaman dan mengurangkan risiko penyakit usus seperti buasir,'' ulasnya lanjut.

Beliau turut menasihati agar pesakit berjumpa doktor sekiranya buasir yang dialami tidak pulih melalui penjagaan kebersihan diri, mengakibatkan rasa sakit atau berlaku pendarahan secara berlebihan.

Pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan jika berlaku pendarahan yang berterusan selepas sesuatu rawatan.

''Jika buasir anda mendatangkan rasa ketidakselesaan yang sedikit, doktor mungkin akan mencadangkan krim atau ubat sapuan.

''Bagaimanapun pesakit juga kadang kala boleh mengamalkan rawatan dengan mandian air panas di mana ia akan mengurangkan simptom-simptom buasir,'' katanya lagi.

Sementara itu, Himalaya Herbal Healthcare memperkenalkan salap pilex, pilihan bukan steroidal untuk menguruskan buasir.

Ia membantu mengecilkan buasir, mengawal pendarahan dan mempercepat proses penyembuhan pada kulit yang radang dan membran mukus.

Tindakan analgesia tempatan salap pilex juga mampu mengurangkan kesakitan dan memudahkan pembuangan najis.

Disarankan agar menggunakannya dengan kombinasi triphala (kapsul) yang juga membantu penghadaman dan melegakan sembelit.

Secara tidak langsung ia akan menjadikan sistem penghadaman yang tetap dan membantu melegakan buasir.

Atasi penglihatan kabur

Suplemen lutein dan zeaxanthin dapat melindungi mata..



ADAKAH komponen dalam peralatan elektrik seperti televisyen dan skrin komputer, boleh menyebabkan mata letih, sakit kepala dan gangguan tidur? Fakta ini agak menakutkan tetapi ia telah diakui oleh pakar bidang berkaitan. Komponen yang dimaksudkan ialah Diod Pemancar Cahaya (Light Emitting Diodes - LED) yang mengeluarkan cahaya biru pada telefon bimbit, komputer, televisyen dan sebagainya.

Menurut Bernard Godley, seorang pakar mata dari Yayasan Retina di selatan Dallas, “Dalam spektrum cahaya, cahaya biru bertenaga paling tinggi. Walaupun kurang bertenaga berbanding sinar UV, cahaya biru boleh menembusi tisu badan dan merosakkan sel.”

Apabila mata melihat sesuatu objek, tidak kira berapa lama, otot-otot mata perlu bekerja. Lebih lama mata menumpu, lebih berat otot mata bekerja. Ini menyebabkan mata letih jika terlalu lama menonton televisyen secara berterusan.

Andrew Hogan, Presiden Persatuan Optometris Australia cawangan Tasmania memberikan panduan menonton televisyen bagi menjaga kesihatan mata:

* Apabila menonton televisyen, jarakkan sekurang-kurangnya empat atau lima meter daripada skrin - lebih dekat kepada skrin, mata akan lebih penat.

* Jangan menonton dalam gelap - pastikan televisyen bukan sumber cahaya utama. Elakkan silau pada masa yang sama.

* Berehat sebentar - bergerak dan alihkan penglihatan ke arah lain

Punca cahaya biru dan tekanan mata

* Skrin komputer juga memancarkan cahaya biru yang boleh mengganggu penglihatan dan memberi tekanan pada mata.

* Mata yang terdedah terlalu lama kepada sinar UV dan cahaya biru yang berbahaya, di samping peningkatan usia, boleh mengalami kerosakan berlebihan akibat radikal bebas. Ini menyumbang kepada katarak dan kemerosotan fungsi makula (Age-related macular degeneration - AMD).

Lutein dan zeaxanthin

Lutein dan zeaxanthin, merupakan dua pigmen kekuningan semula jadi tergolong dalam kumpulan karotenoid. Fungsi utama 2 karotenoid ini ialah:

i) Melindungi mata daripada sinar UV yang berbahaya - lutein dan zeaxanthin membantu mengurangkan risiko mendapat AMD dan katarak.

ii) Bertindak sebagai anti oksida untuk melindungi kanta, retina dan makula, daripada kerosakan akibat radikal bebas kerana terdedah secara berlebihan kepada sinar matahari, skrin komputer dan lain-lain sinar yang berbahaya.

Kedua-dua lutein dan zeaxanthin menyerap bahagian cahaya yang paling bertenaga dan berbahaya iaitu sinar UV (yang juga menghasilkan radikal bebas yang berbahaya). Kebolehan penyerapan ini penting agar kanta, retina dan makula dapat dilindungi.

Seperti nutrien penting yang lain, lutein dan zeaxanthin tidak dihasilkan oleh badan. Untuk mendapatkannya secara mencukupi ialah dengan memakan makanan yang kaya dengan anti oksida ini atau dengan mengambil suplemen lutein dan zeaxanthin. Usia yang meningkat akan mengurangkan jumlah lutein dan zeaxanthin dalam badan tetapi dengan meningkatkan pengambilannya setiap hari, boleh meningkatkan kandungan keduanya dalam makula.

Lutein dan zeaxanthin melindungi mata daripada dua penyebab utama kehilangan penglihatan iaitu katarak dan AMD. Selain melindungi daripada katarak, jika seseorang sedang mengalami katarak, kedua-dua pigmen ini dapat membantu memperbaiki masalah penglihatan. Apabila pesakit yang mengalami katarak mengambil suplemen lutein dan zeaxanthin, ketajaman penglihatan bertambah baik.

Membeli suplemen

Dua perkara untuk dipertimbangkan apabila hendak membeli suplemen mata ialah:

i) Suplemen itu menggunakan herba Marigold yang telah dipiawaikan untuk mengandungi sekurang-kurangnya 15 peratus ester lutein dan 40 peratus zeaxanthin, bagi memastikan setiap kapsul mengandungi jumlah bahan aktif yang tertentu seperti yang tercatit pada label.

ii) Lutein dan zeaxanthin yang berkonsentrasi tinggi digunakan

Untuk memudahkan, adalah lebih baik mendapatkan formula 2 dalam 1 yang mengandungi kedua-dua lutein dan zeaxanthin dalam jumlah yang tinggi untuk melindungi mata daripada kerosakan akibat di samping menggalakkan penglihatan yang lebih tajam dan sihat.

Amal Kebajikan

Beberapa Jenis Amal Kebajikan

Labels: Tazkirah

Amal kebajikan yang diseru oleh Allah SWT iaitu termasuk semua amal yang baik dan menjangkau semua amal soleh. Seperti taat kepada Allah , ikhlas, niat yang baik, berbuat baik kepada orang lain, bersilaturrahim, mengucapkan kata-kata yang sopan serta berakhlak yang mulia.

Jiwa yang sihat slalunya mengetahui jenis-jenis kebajikan, kerana amal kebajikan itu termasuk beberapa macam perbuatan dan tingkah laku yang digariskan oleh Islam. Di dalam AL-Quran ada dijelaskan beberapa perbuatan dinilai sebagai amal kebajikan.


i. Menuntut Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT ertinya:
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."


ii. Berakhlak Mulia

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka dia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah, maka baginya keperibadian yang buruk."


iii. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidak seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."


iv. Mengerjakan kebaikan sebesar zarrah dinilai kebajikan

Allah SWT akan meminta tanggungjawab daripada setiap orang atas segala perbuatan dan tingkah lakunya walaupun sebesar zarrah, baik dalam bentuk amal kebaikan mahupun keburukan.

Firman Allah SWT ertinya:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Az-Zalzalah: 7-8)

Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqas pada suatu ketika memberi sedekah dua biji kurma kepada seorang peminta sedekah, kemudian diberikannya sambil mengucapkan: "Semoga Allah menerima dari kita seberat beberapa zarrah dan dalam dua biji kurma ini terkandung banyak zarrah."


v. Mengunjungi keluarga dengan wajah yang berseri-seri

Segala kebaikan yang diberikan kepada orang lain adalah mendatangkan redha Allah, tidak kira besar atau kecil kebaikan itu, termasuk memberikan senyuman terhadap orang lain dinilai sebagai suatu kebajikan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Janganlah engkau memperkecil nilai kabaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."


vi. Membuang duri dari jalan raya

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah-tengah jalan sambil mengucapkan syukur kepada Allah."

Ketawa menyihatkan



PELAJAR cenderung alami selesema dalam tempoh sebelum dan ketika peperiksaan. Ketidaktentuan dalam perhubungan juga boleh memberi tekanan mental dan menyebabkan selesema. Ini kerana tekanan mental dan ketidakbahagian boleh melemahkan sistem kekebalan anda. Pada hujung lain spektrum yang sama, kebahagiaan dan perasaan sihat sejahtera boleh memperkukuhkannya.

Satu kajian di Jerman mendapati bahawa orang yang sering mengalami perasaan putus harapan dan permusuhan lebih cenderung menghidap penyakit jantung dan barah. Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa orang yang mempunyai keluarga bahagia dan interaksi sosial, kurang risiko mati kerana penyakit tertentu. Implikasinya ialah bahawa kebahagiaan menyihatkan anda, tetapi persoalannya adalah bagaimana untuk membahagiakan diri anda?

Pertama, anda mesti tahu maksud kebahagiaan itu. Kebahagiaan datang daripada dalam diri kita. Kebahagiaan bukannya sesuatu yang ketara yang boleh anda ambil daripada orang lain atau boleh dibeli. Kebahagiaan bukannya sesuatu yang boleh diberi kepada anda oleh orang lain.

Kedua, anda tidak boleh menunggu kebahagiaan itu datang kepada anda. Anda mesti memutuskan bila anda hendak berasa bahagia.

Ketiga, hanya anda dapat membahagiakan diri anda. Ini kerana anda yang menyimpan perasaan anda. Maka anda perlu mendorong diri anda untuk berasa bahagia. Buat sesuatu yang anda gemari, pergi berjalan-jalan, makan makanan kesukaan anda, telefonlah kawan anda. Berkongsilah dalam kegembiraan dan kebahagiaan kawan dan orang kesayangan anda.

Ketawa demi kesihatan. Kata orang, gelak ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. Gelak ketawa itu juga adalah cara yang baik untuk mendorong diri anda berasa bahagia. Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan.

Jadi bagaimana boleh menimbulkan gelak ketawa dalam diri anda? Gelak ketawa lazimnya satu tindakan refleks kepada sesuatu yang menggelikan kita secara fizikal atau mental. Dapatkah tindak balas itu dicetuskan secara sengaja? Jawapannya, 'boleh'. Untuk menimbulkan keadaan fikiran yang sesuai untuk bergelak ketawa, cuba baca sebuah komik atau buku yang lucu, menonton suatu komedi atau hanya memerhatikan telatah haiwan kesayangan anda. Haiwan kesayangan tidak pernah gagal menghiburkan hati, daripada anak haiwan yang mengejar ekornya sehinggalah argus yang tidak pernah penat berlari dalam rodanya. Dengan keluar bersama kawan untuk berseronok anda dapat menggandakan terapi itu. Anda bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah anda juga berpeluang bergembira dengan orang yang anda suka. Sebagaimana yang didapati oleh kajian Finland itu, anda akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.

Apa yang penting untuk diingati ialah supaya tidak bersikap terlalu serius mengenai diri anda, setidak-tidaknya janganlah terlalu kerap. Apabila anda bersikap demikian, anda berkecenderungan berasa tegang, menjadi cepat marah dan menjauhkan orang. Jadi terimalah nasihat supaya jangan terlalu serius, bergelak ketawa selalu dan belajar untuk mengetawakan diri sendiri supaya dapat mengecapi hidup yang lebih sihat. Dalam kata-kata permuisi yang paling berbakat Ralp Waldo Emerson:

Untuk ketawa tanpa was-was kerap kali:
Untuk menghargai kecantikan:
Untuk menemui ibu-ibu yang terbaik:
Untuk meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baik…
Untuk mengetahui yang hidup saya menjadi lebih bahagia kerana anda hidup: Itulah makna kejayaan.

Buta akibat merokok


MAJORITI masyarakat dewasa di Malaysia mengetahui tentang bahaya merokok kepada organ paru-paru, jantung dan otak. Pendedahan secara meluas mengenai risiko barah paru-paru, penyakit jantung dan strok (angin ahmar) juga sering dipaparkan media cetak dan media elektronik.

Walaubagaimanapun, masyarakat kita kurang didedahkan mengenai risiko buta di kalangan individu yang merokok.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan remaja Britain berusia antara 16 hingga 18 tahun, 30 peratus mengetahui bahaya merokok kepada jantung.

Namun, 90 peratus daripada remaja-remaja tersebut tidak mengetahui tentang kesan merokok kepada mata.

Mereka bagaimanapun mengakui lebih bimbang kepada kemungkinan menjadi buta akibat merokok melebihi risiko barah paru-paru, masalah jantung dan strok.

Merokok boleh menyebabkan buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula (age related macula degeneration atau ARMD), saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina (central retinal artery occlusion) dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina (central retinal vein occlusion).

Penyakit katarak

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak merupakan punca utama masalah buta di seluruh dunia.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 18,000 orang pesakit negara ini menjalani pembedahan katarak pada tahun 2004 sahaja.

Angka ini tidak termasuk mereka yang mendapatkan pembedahan di klinik-klinik atau hospital-hospital swasta. Bilangan ini juga dijangka semakin meningkat setiap tahun.

Katarak sememangnya berlaku akibat peningkatan faktor usia. Tetapi, penyelidikan di serata dunia telah mengenal pasti merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit katarak.

Mereka yang kuat merokok dan telah merokok untuk tempoh yang lama dikatakan lebih berisiko menjadi buta akibat penyakit katarak.

Individu yang merokok melebihi satu kotak rokok sehari didapati lebih berisiko tinggi untuk menjadi buta akibat penyakit katarak.

Bagi perokok yang merokok kurang dari satu kotak rokok sehari, risiko katarak mereka hanya akan turun dan menyamai risiko katarak seperti individu yang tidak merokok selepas 10 tahun perokok tersebut berhenti merokok.

Pesakit yang mengalami masalah katarak biasanya mengadu kabur penglihatan secara beransur-ansur.

Pada peringkat yang teruk, pesakit mempunyai keupayaan melihat yang sangat terhad. Mereka tidak dapat melihat pada jarak jauh dan hanya boleh melihat objek-objek yang besar pada jarak yang dekat.

Mereka biasanya terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, minum dan menguruskan keperluan diri.

Tembakau menyebabkan terhasilnya radikal-radikal bebas di dalam mata. Radikal bebas ini menyebabkan kerosakan secara langsung pada struktur kanta mata yang asalnya bersifat jernih.

Ini menyebabkan kanta mata bertukar keruh secara perlahan-lahan. Keadaan ini menghalang cahaya memasuki mata dan menjejaskan imej yang terbentuk pada lapisan retina.

Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat teruk perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan mereka. Pembedahan perlu dilakukan supaya pesakit tidak terus hidup dalam keadaan yang gelap dan suram.

Berhenti merokok atau tidak merokok sama sekali merupakan satu pilihan yang tepat bagi mengurangkan risiko buta akibat penyakit katarak.

Penyakit Degenerasi makula

Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di kalangan individu berumur antara 55 hingga 60 tahun di serata dunia.

Sebanyak 3.5 peratus daripada individu berusia antara 40 hingga 80 di kalangan bangsa Melayu di Singapura dilaporkan mengalami masalah ini.

Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.

Kajian di kalangan warga Australia di Sydney juga menunjukkan peratusan yang sama. Walaubagaimanapun, kita masih tidak mempunyai data untuk prevalens (sebaran) penyakit ini di Malaysia.

Penyakit ini juga berlaku akibat faktor peningkatan usia. Namun, para penyelidik telah mengenal pasti hubung kait yang jelas di antara amalan merokok dengan penyakit degenerasi makula.

Mengikut laporan yang diterbitkan dalam salah satu jurnal perubatan antarabangsa pada awal tahun ini, mereka yang merokok pada usia muda dan telah berhenti merokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami buta akibat penyakit degenerasi makula berbanding mereka yang tidak merokok.

Dalam satu kajian yang berasingan, mereka yang merokok mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mengalami penyakit ini berbanding individu yang tidak merokok. Penyakit ini juga didapati berlaku 10 tahun lebih awal di kalangan mereka yang merokok.

Pesakit degenerasi makula biasanya mengadu kabur penglihatan pada bahagian tengah dan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, menonton dan memandu.

Keadaan ini bagaimanapun tidak menyebabkan rasa sakit atau kemerahan pada bola mata. Lama-kelamaan pesakit boleh menjadi buta sepenuhnya.

Ubat untuk merawat penyakit ini melibatkan kos yang mahal. Penglihatan pesakit juga sukar dipulihkan sekiranya terdapat parut pada bahagian makula.

Sekiranya ini berlaku, pesakit akan mengalami buta secara kekal dan perkara ini pasti menjejaskan satu kehidupan yang berkualiti dan berwarna-warni.

Penyakit ini boleh dicegah pada peringkat awal. 'Jangan merokok' merupakan langkah pencegahan yang utama dan sepatutnya menjadi amalan kita.

Banyakkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Khasiat sayur-sayuran ini memberi kebaikan kepada salur darah pada lapisan retina.

Senaman sebanyak tiga kali seminggu juga dilaporkan dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit ini sebanyak 70 peratus.

Saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah arteri yang tersumbat pada lapisan retina juga menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba.

Penyakit ini juga dikenali sebagai 'strok pada mata'. Ia merupakan satu keadaan kecemasan dan perlu diberi rawatan segera bagi mengelakkan pesakit menjadi buta.

Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan berkait rapat dengan amalan merokok. ]

Di Amerika Syarikat, penyakit ini berlaku pada kadar 0.85 bagi setiap 100,000 individu pada setiap tahun. Penyakit ini juga lebih banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki berbanding pesakit wanita.

Pesakit biasanya mengalami masalah jantung atau saluran arteri karotid yang sempit selain amalan merokok dan tahap kolesterol yang tinggi.

Darah beku dari jantung atau saluran arteri karotid menyebabkan saluran arteri pada lapisan retina tersumbat secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan kekurangan oksigen yang ketara pada lapisan retina dan mengakibatkan mata menjadi buta.

Pesakit boleh menjadi buta secara kekal sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dalam tempoh empat hingga enam jam yang pertama atau lambat mendapatkan rawatan doktor setelah mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas.

Penyakit ini perlu dicegah sebelum berlaku. Sebanyak 65 peratus pesakit menjadi buta kekal akibat penyakit ini.

Amalkan cara hidup yang sihat. Pesakit perlu mendapatkan rawatan perubatan yang konsisten dan teratur bagi memastikan penyakit jantung dan paras kolesterol berada pada tahap yang terkawal.

Berhentilah merokok atau jangan merokok merupakan asas yang penting untuk mencegah mata anda daripada buta.

Saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah vena pada lapisan retina yang tersumbat menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Pesakit biasanya tidak mengalami gejala sakit atau bola mata yang kemerahan.

Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan juga mempunyai hubung kait dengan amalan merokok.

Selain itu, pesakit juga turut mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi.

Amalan merokok menyebabkan saluran vena mengalami kecederaan dan mengakibatkan berlaku tindak balas sel-sel darah pada tempat tersebut. Keadaan ini menyebabkan saluran vena menjadi sempit dan mudah tersumbat.

Saluran vena yang tersumbat ini menyebabkan kekurangan peredaran darah pada keseluruhan lapisan retina. Ini diikuti dengan terjadinya pendarahan dan bengkak pada lapisan retina.

Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan laser ditawarkan dalam kes-kes tertentu yang melibatkan bengkak dan timbul salur darah baru pada lapisan retina.

Sekali lagi, rawatan pencegahan amat penting. Dapatkan rawatan moden bagi memastikan penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, serta pengawalan paras kolesterol yang optimum. Tinggalkan tabiat merokok yang terbukti menyumbang kepada masalah buta.

sumber - utusan malaysia 2010 jun 01
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...