Punca Batuk Berterusan

Anda sudah berminggu-minggu batuk. Bagaimanakah untuk anda tahu adakah ia hanya selsema biasa yag sukar untuk sembuh atau suatu yang lebih serius?

Hanya doktor sahaja boleh memastikan apakah sebab di sebalik batuk anda. Beberapa keadaan mungkin boleh dijadikan dalangnya, seperti lelah asma; sindrom batuk laluan udara atas (UACS); penyakit refluks gastroesofagus (GERD); dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), satu penyakit serius, progresif yang merangkumi kedua-dua emfisema dan bronkitis.

Baca lagi tentang COPD dan beberapa penyebab biasa (dan agak luar biasa) batuk kronik dan berterusan. Klik pada foto atau pautan di bawah:



1. Asma dan Alergi

Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma.

Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin.

2. COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)

COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.

Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.

3. Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah.

Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik.

4. Jangkitan Salur Pernafasan

Batuk ialah satu daripada gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik.

Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya.

5. Pencemaran Udara

Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma.

Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu.

6. Bronkitis Akut

Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak , dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya.

Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD.

7. Ubat Perencat ACE

Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika , dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.

Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundingkan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan.

8. Batuk Kokol

Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Kawal Kolesterol Dalam Darah Anda

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda.



Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?

Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Kawal Tekanan Darah Anda

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.



Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:

1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.


Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

Medapatkan Kesihatan Yang Optimum

Anda berjumpa doktor, menjalani pemeriksaan kesihatan rapi dan didapati sihat. Anda mengelakkan diri daripada kuman selesema selama berbulan-bulan. Namun, ini tidak bererti anda dalam keadaan kesihatan optimum.


Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan

Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan makan tiga sajian yang dimasak di rumah dalam sehari. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.

Mengikut American Cancer Society antara 35 hingga 70 peratus barah boleh dikesan mengikut diet. Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.

Bersenam

Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.

Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.

Penanaman Rambut

FAKTA yang akan diterangkan di bawah mungkin bukan apa-apa pun bagi mereka yang tidak mempunyai masalah rambut gugur, tapi bagi yang sedang mengalaminya mungkin membantu memberikan sedikit kelegaan.

Menurut kajian, 40 peratus lelaki mengalami masalah keguguran rambut bermula seawal usia 35 tahun.

Manakala masalah yang sama turut menyerang wanita sekitar usia mereka 60 tahun.

Memang anda tidak keseorangan kerana ramai rakyat Malaysia yang berkongsi masalah tersebut.

Tapi sedarkah bahawa masalah rambut gugur kini menyerang lelaki dan wanita pada usia yang jauh lebih muda.

Puncanya, ialah perubahan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai lagi faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya.

Keguguran rambut yang sekali gus menjadikan seseorang itu berstatus 'botak' merupakan satu masalah yang amat berkait rapat dengan psikologi.

Bayangkan apabila kulit kepala tampak semakin jelas akibat rambut yang gugur dengan banyak, seseorang jadi semakin tidak keruan kerana risau dengan penampilan yang tidak menarik berbanding dulu. Sekali gus ini mengurangkan keyakinan diri.

Namun terdapat pelbagai teknologi dihasilkan sebagai cadangan untuk mengatasi masalah tersebut?

Antara yang terkini, NeoAsia (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan Omnigraft sebagai teknologi transplan pertama rambut menggunakan sistem automatik.

Ia juga merupakan yang pertama di Malaysia dan terdapat di klinik Dr. Alice Prethima yang terletak di Klang, Selangor dan Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Menggunakan teknik Follicular Unite Extraction (FUE), ia dikatakan menggunakan teknik yang meminimumkan kesakitan dan kesan luka atau parut.

Menurut Dr. Alice, prosedurnya juga tidak mendatangkan komplikasi dan memberikan kesan yang lebih semulajadi.

"Tekniknya mudah, biasanya bagi lelaki, keguguran rambut bermula dari bahagian hadapan kepala hinggalah ke tengah kepala. Manakala bahagian yang berambut lebat, biasanya terdapat di bahagian belakang kepala.

"Jadi akar dari bahagian berambut lebat akan diambil dan ditanam di bahagian yang mengalami keguguran rambut," jelasnya ketika sesi memperkenalkan teknik Omnigraft di Sunway, Selangor, baru-baru ini.

Pada sesi tersebut, Dr Alice turut mempertontonkan video prosedur penanaman rambut Omnigraft.

Prosedur yang dirakam secara terus dari bilik pembedahan memperlihatkan seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang mengalami masalah botak dari dahi hadapan hingga ke tengah kepala.

Pesakit yang terbabit melakukan prosedur tersebut dalam keadaan sedar dan ia hanya mengalami kesan pendarahan yang minimum.

Malah dalam tempoh dua minggu rerambut baru akan mula tumbuh dan hasilnya sungguh memberangsangkan.

Alat Sulit Kurang Keras Dan Tegang

Soal Jawab berkenaan alat kelamin anda..
Soalan 1
SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai berat badan 140 kilogram. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan menyebabkan saya tidak dapat mengawal berat badan. Sejak kebelakangan ini pula, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Ini menyebabkan saya risau kerana saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kesihatan saya?

- Joli, Selangor.

Saudara Joli,

Terima kasih di atas soalan tersebut. Tahniah kerana telah bersedia untuk berkahwin. Masalah yang dihadapi oleh saudara memang sering berlaku di kalangan orang-orang yang obes (mengalami masalah kegemukan). Ketegangan zakar dan kurang nafsu seks ialah di antara masalah yang dialami.

Banyak faktor kenapa obes memberi kesan kepada masalah yang dihadapi saudara. Sebagaimana yang saudara maklum, obes sangat berkait rapat dengan masalah penyakit kronik contohnya diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), kolesterol yang tinggi dalam darah dan sebagainya. Obes juga menyebabkan masalah kekurangan hormon testosterone (hormon lelaki) yang berfungsi mengalir didalam darah.

Faktor-faktor di atas menyumbang kepada masalah yang dihadapi saudara. Disini saya ingin menasihatkan agar saudara segera berjumpa doktor dan jalankan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan masalah kesihatan jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah dan saudara mesti bertekad untuk mengurangkan berat badan dengan menjadi aktif semula. Insya Allah saudara akan dapati masalah ketegangan zakar akan berkurangan.

Ini telah dibuktikan dengan kajian diseluruh dunia yang mengatakan pengurangan berat badan bukan sahaja memberi kesan positif terhadap kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga akan menyebabkan kehidupan seks seseorang itu akan bertambah baik. Saudara masih muda, jadikanlah perancangan perkahwinan tahun depan sebagai motivasi untuk mengurangkan berat badan saudara dan seterusnya membahagiakan kehidupan berkeluarga saudara.

Mahu cahayamata

Soalan 2

Sudah empat tahun berkahwin tetapi hingga hari ini, kami belum dikurniakan cahaya mata. Saya ingin bertanya, apakah ada suplemen yang sesuai diambil untuk menambah sperma? Saya ada membaca artikel yang menyebut masalah kekurangan sperma berpunca apabila seseorang kekurangan zink. Apakah ini benar? Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Ada juga rakan-rakan yang menasihatkan saya mengambil rawatan kampung seperti berurut dan mencuba rawatan herba. Persoalannya, adakah kaedah ini membantu untuk meningkatkan jumlah sperma saya?

- Albert, Melaka

Saudara Albert,

Terima kasih di atas soalan yang ditanya. Saya berharap saudara telah pun menjalani pemeriksaan infertiliti (masalah kemandulan) kerana perkahwinan empat tahun tanpa cahayamata adalah satu perkara yang perlu mendapat perhatian saudara dan isteri untuk mendapatkan rawatan. Telah terbukti bahawa masalah infertiliti akan memberi kesan negatif kepada hubungan pasangan tersebut.

Di antara penyiasatan awal yang perlu dilakukan oleh saudara ialah menjalani pemeriksaan air mani. Seterusnya doktor akan merawat saudara jika penyiasatan menunjukkan saudara tidak ada atau kurang kualiti atau kuantiti sperma. Seeloknya saudara berbincang terus dengan doktor yang merawat untuk tindakan seterusnya.

Berkenaan suplemen bagi menambahkan sperma, saya kurang pasti tetapi beberapa kajian herba contohnya Tribulus territeris (Tribestan) dan Tongkat Ali yang digunakan dalam tiga hingga enam bulan ada memberi kesan yang positif keatas jumlah kuantiti sperma. Walaubagaimanapun, kesan penggunaan jangka masa yang panjang tidak diketahui.

Setakat ini, bagi pesakit-pesakit saya, kesan herba adalah sangat tidak menentu. Ada pesakit yang mendapat kesan yang cukup baik tetapi ada juga yang tidak mendapat apa-apa kesan positif. Kajian herba Tongkat Ali akan terus dijalankan untuk memberi kepastian terhadap kesan ke atas air mani seseorang sebelum kita mengetahui dos dan jangkamasa yang sesuai sebelum mendapat kesan positif. Walaubagaimanapun, sila pastikan mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sesuatu ubat atau herba terutamanya sekarang terlalu banyak ubat dan suplemen yang terjual dipasaran.

Pada pandangan peribadi saya, jika benar pun masalah kekurangan zink boleh menyebabkan kekurangan sperma, saya tidak akan menasihatkan pesakit saya untuk mengambil suplemen tertentu. Ia mencukupi jika kita mengamalkan pemakanan seimbangan. Selain dari itu cara hidup sihat perlu diamalkan. Amalan merokok telah dibuktikan menyebabkan kualiti sperma menjadi tidak elok.

Saya juga tidak akan menasihatkan pesakit saya untuk berurut bagi mengatasi masalah ini. Tiada bukti menunjukkan urutan badan dan ke zakar atau buah zakar memberi kesan keatas pertambahan kualiti dan kuantiti sperma. Selamat berjaya menimang cahayamata

Mengatasi Peluh Berlebihan

KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.

Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal.

Apatah lagi jika ia keluar ketika berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga.

Dalam hal ini, peluh yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, kaki dan bawah lengan membuatkan individu tersebut menjauhkan diri untuk bersosial dengan masyarakat.

Masalah peluh yang berlebihan bukan satu perkara normal malah ia boleh dikategorikan sebagai satu penyakit dan istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis.

Menurut Perunding Pakar Bedah Cardiovascular dan Thoracic, iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur, Dr. David Khoo Sin Keat, hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Katanya, bagi sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda.

''Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang.

''Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan.

''Dalam hal ini, peluh berlebihan bukan sahaja dikesan pada tapak tangan, kaki dan di bawah lengan malah ia juga dikesan pada bahagian kepala, muka, dada, belakang tubuh dan pangkal paha,'' ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Komuniti Sosial The Sweat Connection di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, hiperhidrosis biasanya berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.

Malah seramai 0.6 peratus hingga satu peratus terdiri daripada golongan muda.

Pada majlis pelancaran itu juga, Dr. David turut menjelaskan bahawa penyakit tersebut dapat dirawat melalui teknik rawatan yang dikenali sebagai No Sweat Technique.

Katanya, teknik rawatan tersebut merupakan satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan.

Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.

Sebagai doktor yang berpengalaman dia memberitahu, sebenarnya sejak tahun 2001 lagi pelbagai kaedah penyembuhan telah pun dilakukan di Malaysia termasuk pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy atau ETS).

Telah melakukan pembedahan ke atas 500 orang pesakitnya, Dr. David turut menyenaraikan beberapa aspek yang mungkin berkaitan dengan punca masalah kesihatan itu seperti tirotoksikosis (hipertiroidism), menopaus, obesiti dan gangguan psikiatri.

Bagi sesiapa yang menghadapi gejala-gejala seperti peluh yang berpanjangan, berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas dan tidak berpeluh ketika tidur, anda dinasihatkan agar cepat bertemu dengan doktor.

Dalam masa yang sama sekiranya mereka yang telah disahkan menghidap penyakit ini dan ingin mendapatkan rawatan, iHEAL Medical Centre Kuala Lumpur turut menawarkan perkhidmatan tersebut.

Apa ItuTekanan Darah

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.


Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Sedikit Alkohol Boleh Menyembuhkan Penyakit

Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil secara berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkohol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.




















Kesan Fizikal

* Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal
* Barah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing
* Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis
* Ulser dan gastritis
* Kecederaan otak dan masalah saraf
* Masalah jantung dan tekanan darah
* Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
* Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
* Masalah seksual
* Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin

Putih Telur Melicinkan Kulit Muka

Apakah Rahsia tersembunyi yang ada dalam sebiji telur ayam.

Putih Telur Melicinkan Kulit Muka

Jika anda mengalami masaalah kulit muka yang kasar,anda boleh menggunakan putih telur
untuk melicin dan menegangkan kulit muka.

caranya;

Bersihkan Muka anda,dan keringkan,setelah itu ambil sebiji putih telur lalu isikan ke
dalam piring.sapukan putih telur kesemua bahagian muka anda.Biarkan ia kering dalam
beberapa minit dan biakan ia terus melekat pada muka anda selama 1 jam.Seharusnya anda
jangan membuat pegerakan pada kulit wajah anda serta jangan membuka mulut untuk bercakap atau makan.

Selepas 1 jam barulah anda bersihkan muka anda dengan air suam.lakukan langkah ini
sekali sehari sebelum tidur.Setelah beberapa hari kulit muka anda akan menjadi lebih
licin dan tegang.Amalkanlah dengan penuh kesabaran.

Petua Menghasilkan Kulit Cantik

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Merawat Bengkak Di Kaki

Hilangkan bengkak

Banyak petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak dikaki atau tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan penyakit tersebut. Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa petua tradisi untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi tidak juga sembuh-sembuh, cubalah pula satu lagi petua tradisi seperti dibawah.


Setakat ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk penyakit tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, campurkan garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu gelas tiap-tiap hari dalam masa dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki dan tangan anda akan kembali surut tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Petua Mengekalkan Kecantikan

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Petua mengempiskan perut Boroi

Mengempiskan Perut


Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Petua Sembuhkan Kurap

Sembuhkan kurap

Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.

Petua Mengurangkan Tidur Berdengkur

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Petua Agar Rambut Menjadi Lebat

Rambut Lebat

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Petua Agar Kulit Cerah Dan Licin

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Petua Alahan Atau Alergi Pagi

Alergi pagi

Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Petua Agar awet Muda

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...